saya memang tidak akan berpeluang turun padang ketika
berhimpun untuk bersih
maaf tapi tidak diizinkan oleh ibu
dan terpaksa mengikut undang-undang UiTM
so difikirkan balik
apakah tuntutan bersih ini sebenarnya
tuntutan bersih
1-BERSIHkan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2-Reformasikan Undi Pos
3-Gunakan Dakwat Kekal
4-Akses Media Yang Bebas & Adil
5-Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6-Kukuhkan Institusi Awam
7-Hentikan Rasuah
8-Hentikan Politik Kotor
saya tidak nampak apa salah di dalam tuntutan-tuntutan tersebut
kita sedar masalah ini memang ada di dalam electoral sistem kita
tidak kira anda di pihak mana
memang sekiranya anda belajar lebih khusus
maka kita sedar memang sistem pilihan raya kita
masih belum cukup telus dan adil
masih banyak yang boleh dibaiki
ini mengenai tuntutan yang diminta
harap semua jelas dan tidak perlu dihuraikan
satu persatu
Demonstrasi
namun ada segelintir yang berkata
kenapa perlu gunakan demonstrasi
dan ada yang kata demonstrasi haram
saya meminta untuk bersama berkongsi ilmu
bersama-sama
dengan cara apa yang lain
untuk memastikan
kerajaan mendengar tuntutan
yang diminta oleh rakyat
sekiranya bukan majoriti
sekalipun yang meminta
sekiranya perkara itu
perkara yang baik dan sepatutnya dilakukan
tidak salah untuk melakukan
Agenda disebalik
memang menjadi lumrah di Malaysia
semua fikir sangat mendalam
semua perkara ada agenda disebalik
nak buat macam mana
semua perkara dipolitikkan
Personal Attack
Kesian saya tengok Dato' Ambiga
macam-macam kita kutuk
Perempuan Hindu
dan macam-macam yang saya tak sampai hati nak tulis
sebagai Melayu
manakah hilang nilai kita
tak kisah lah Melayu ke x
tapi Sebagai Muslim
kemana perginya agama bila kita mengutuk Ambiga sampai macam tu
issue DS Anwar dinaikkan semula, skandal seks
langsung tidak mencerminkan nilai dan etika sebagai seorang Islam
kecewa?? ye, sangat kecewa
kerana sayang sangat kuasa,
rakyat jadi mangsa
saya mendoakan semua yang menyertai bersih esok
termasuk polis-polis yang terpaksa menjalankan tugas
selamat pergi dan balik.
dan harap tuntutan bersih 2.0 dianggap sesuatu yang
sangat penting untuk masa depan negara.
nice post...
ReplyDelete