Wednesday, June 22, 2011

simpan untuk diri sendiri

orang mukmin tidak berfikir sebelum bercakap
kerana apa yang dicakapkan itu adalah penting sahaja
dan perkara yang benar(fakta)


kadang-kadang sering kita dengar 
diam
lebih baik dari bercakap perkara yang tidak perlu
orang yang diam tidak semestinya jahil
tetapi orang yang bercakap banyak
dan isinya tiada fakta dan kosong
dikira jahil


1) bila ditegur kita marah keluar macam-macam
keburukan personal orang itu dipertikai
bukan hujah yang dipersoal
bila marah kita sepatutnya tidak mengambil tindakan yang
penting atau membuat sesuatu yang beri kesan kepada orang lain
kerana
bila marah, nafsu kuasai diri, dan bukan kita berbuat kerana Allah
-ketika perang saidina Umar diludah oleh pihak lawan
dan dalam keadaan marah beliau mengangkat pedangnya
namun beliau berhenti
maka beliau suruh pihak lawannya pergi
beliau berkata
'sesungguhnya aku dalam keadaan marah, dan bila aku marah
aku tidak membunuhmu kerana Allah tetapi untuk nafsu marahku'
-sabda Nabi - bila marah, sekiranya sedang berdiri, kita duduk,
sekiranya kita tengah duduk baring' 
cool down dulu


2)itu berkenaan marah
apabila berkenaan menyebarkan pula, 
apabila fitnah, kita menyebarkan
kita dapat saham
rosak akidah
apabila kita mengiyakan juga
maka umpama kita terlibat dalam fitnah tersebut
islam menyuruh kita simpan aib orang
dan bukan menyebarkan
-orang yang menyimpan aib orang, Allah akan menyimpan aibnya'
bukan dalam politik sahaja, malahan artis juga
kita dengar, kita bagitahu semua orang
kalau betul pun berita itu, tidak patut kita spread
apatah lagi kalau salah
jangan diikutkan sangat wartawan-wartawan hiburan ini
(apabila sampai sesuatu berita daripada golongan fasik, maka perlulah diselidik dahulu)
perlu tahu apa itu golongan fasik


3)bila orang mengutarakan pendapat, 
semua orang ada haknya
sekiranya salah
perlu ditegur
tegur pun ada caranya
sekiranya kita rasa ada orang lagi layak menegur
kita minta orang itu menegur
contoh, apabila orang berkata siapa x baca doa qunut
xsah subuh
pernah dengar orang menegur macam ni
'' kepala hotak dia lah, siapa ajar, bapak die ajar macam tu ke''
tegur ada cara. masing-masing ada cara sendiri.
niat untuk betulkan dan bukan untuk tunjuk pandai


4) bila kita tak tahu, kita diam. 
jangan main cakap je
orang lain cakap ustaz ni wahabi
kita terus cakap ustaz ni kafir
jujur sekiranya orang bertanya kepada saya 
samada wahabi ini sesat atau tidak.
saya akan cakap asalnya wahabi ini tidak sesat
(selepas mendengar dan membaca pendapat 
sesetengah ulama' )
tapi kita main bantai je cakap Tuan Guru ni
Wahabi, bekas mufti ni wahabi
ustaz ni syiah
adakah betul mereka ini wahabi.
jangan kerana cakap xpayah baca doa qunut
terus dilabel wahabi.
kena ada ilmu sebelum mengutarakan sesuatu
kalau kurang pasti, bertanya
ataupun diam




saya betul-betul berharap rakyat malaysia
akan lebih membuka minda dan lebih berfikiran lebih maju dan matang
masih merasakan rakyat malaysia kebanyakannya masih berfikiran cetek dan
senang dipengaruhi maka senang ditindas
sampai bila nak jadi macam ni
dipermain-mainkan
diperbodoh bodohkan



0 comments:

Post a Comment

Blog Archive